CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 8

As time goes by . .

Assalamualaikum. Firstly nak ucap Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Mohon maaf andai tersalah taip tersalah bahasa tersalah kata tersalah eja dan sebagainya ye. Mohon ampun, lepas ni tak buat lagi insyaAllah haha. How’s raya in 2014 ? Going great ? Raya kann mesti la best, moment paling indah. Kalau zaman kanak-kanak dulu, setiap tahun tunggu raya je sebab dapat beli baju baru kasut baru. Semua baru. Lagi-lagi dapat duit. Nak cukupkan seratus ringgit tu mak aihh kena pergi 100 buah rumah, isshh punya laa susah. Tapi sekarang lain, duit senang dapat and senang habis. Al-maklum lah turn kita pulak kena bagi duit raya. 

Serious rasa awkward bila budak-budak beratur nak salam sebab nak duit raya haha.
As time goes by banyak benda yang berubah. Lepas habis diploma terus dapat kerja. Alhamdulillah result pun ‘okay lah’ haha. Impian nak Dean List kelaut jugak. Tahniah buat rakan seperjuanganku. Sumpah rindu nak mati dekat korang *lap air mata*. Takpe, nanti kita jumpa --

Kerja. Pun aku tak sangka aku dah bekerja sekarang ni haha !! Dah masuk 3 bulan aku bekerja. Ishh banyak betul dah berubah. Kerja apa ? Orang kata kerja aku jaga gym. Haa betul la tuu haha. Tapi orang tak faham maksud ‘jaga’ kat situ. Semua benda aku kena jaga. Semua benda aku kena monitor luar dan dalam. Aku kena jaga pekerja. Aku kena jaga kewangan. Aku kena jaga imej. Aku kena jaga customer. Bukan setakat jaga. Aku kena rangka plan masa depan gym, long term or short term. Dulu aku tahu belajar apa yang ada dalam buku je, assignment pun copy paste. Now aku kena praktik apa yang aku belajar selama 3 tahun untuk 3 bulan. Tu la penangan menjadi seorang manager. Alhamdulillah setakat ni boleh handle. Still in learning process. Terima kasih for those yang support aku dari belakang dan depan, dari jauh dan dekat. Terima kasih kerana berjaya buat aku bertahan sehingga ke hari ini. I love you guys --

          ‘Love’. Haha part ni aku nak gelakk hahahahaha. Alahh biasa la bila cakap soal cinta mesti malu malu merah pipi. Kalau yang hangat baru bercinta mesti suka kan ? Bagi yang dah lama bertahun tahun confirm menyampah gila kan ? Bagi yang patah hati confirm off terus haha. For me, boys and girls are made for each other. Tak perlu hurai panjang-panjang cause everyone knows deeply about love in their own ways. Masing-masing ada cerita dan moment indah dalam ‘cinta’ kan ? So do I. Aku pun manusia macam korang jugak. Ada hati ada jiwa. Tapi, kadang-kadang apa yang kita pertahankan betahun-tahun sampai bergadai nyawa sekali pun kalau Tuhan tak restu tak izin tak kemana jugak. Untuk orang yang sepi macam aku, tengok orang lain bahagia dah cukup. Yakin lah, Tuhan dah simpan manusia yang terbaik untuk korang kat luar sana --


Manusia. Emm macam-macam manusia aku jumpa. And macam-macam manusia aku handle. Ada yang umur dah banyak angka tapi perangai macam angka satu. Ada jugak yang umur setahun jagung tapi berlagak macam dah hidup sepuluh tahun ke hadapan. Bagi aku, matang bukan dari segi rupa dan umur. Matang tu datang dari cara kita berfikir, cara kita bercakap and cara kita control emosi. Manusia yang paling aku tak minat adalah manusia yang suka bagi alasan. Alasan ni macam benda yang paling bodoh kita akan buat untuk lepas dari sesuatu. If terdesak sangat, bagi la reasons yang munasabah, yang boleh diterima akal, yang tak mengguris hati dan perasaan orang. Sebab kau duduk dalam kalangan manusia bukan robot bukan binatang. So please before you speak, think wise --


Waaahhh entry kali ni macam panjang je. Biasa lah banyak benda yang aku nak kongsi. Banyak betul benda berubah, sekelip mata. Kejap lagi mana tahu first entry baru “Alhamdulillah, dapat baby girl” hahahahaha tiba-tiba dah timang anak. Okay lahhhh, taip panjang pun belum tentu orang nak baca. Semua ni cuma luahan dari isi hati perut aku. Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa. Selamat menempuh hari esok. Bye --