Assalamualaikum. Lama tak buka blog haihh. Harini
baru dapat ilham untuk entry baru. Seperti biasa agak cliché jugak tajuk kali
ini. Takpe la sekadar mengisi masa lapang yang banyak terluang tak terisi untuk
semester break. Next semester adalah semester akhir I untuk habiskan diploma. Semoga
Allah permudahkan segala urusan untuk tamatkan diploma, Amin.
Cinta. I rasa dah banyak kali jugak sentuh
pasal benda ni. Tapi mungkin kali ini lebih mendalam sebab I belajar sesuatu
daripada buku-buku yang I dah baca. Mungkin you all ingat I mabuk cinta kan
hahaha. Tidak sama sekali, ia sekadar perkongsian mungkin berilmiah atau
sebaliknya. Suka hati you all lah nak buat andaian macam mana, I sekadar meluah
apa yang ada di kotak fikiran I.Cinta sudah menjadi fitrah dalam kehidupan
manusia. Nabi Muhammad s.a.w pun tak terlepas dari cinta fitrah sedangkan kita
hanya manusia biasa. Tapi cinta jugak ada bahagian nya. Cinta yang membawa kita
dekat pada yang Satu atau cinta yang membawa kita dekat pada api neraka. Pilih lah
mana yang terbaik supaya seimbang akhirat dan dunia. “Mengejar akhirat dunia
mendatang, mengejar dunia akhirat menjauh.” Fikir fikir kan lah. I kat sini
bukan nak jadi ustazah atau nak bagi nasihat agama ke apa. I tau diri kita tak
sempurna, ada cacat cela nya sebab kita buka Nabi. Mungkin kita dah tersasar
jauh disebabkan perubahan dan permodenan dunia, jadi tak salah nak
mengingatkan.
Mesti you all dah letak syarat-syarat atau ciri-ciri
suami/isteri idaman kan ? Haha ! tak salah pun kan, setiap manusia nak yang
terbaik dalam hidup mereka. I pun sama, syarat I cukup mudah. 2 syarat je. Syarat
pertama ialah memenuhi syarat yang kedua. Syarat yang kedua ialah lelaki itu
boleh membawa I ke jalan yang baik ,sebaik-baik jalan iaitu jalan yang menuju
kepada Allah yang satu. Itu saja. Dari segi paras rupa, sikap dan kewangan cuma
sampingan saja bagi I.
Mungkin ada di antara you all yang dah bersama
bertahun-tahun kan tapi akhirnya kahwin dengan orang lain. Itulah jodoh. Semua dah
ditentukan oleh Dia. Berdoa dan bertawakal lah supaya jodoh bersama orang yang
you all sayang tu berkekalan sampai ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke
akhir hayat, amin. Yang dah bertahun-tahun mesti banyak dah ditempuhi kan. Biasa
la cinta dengan air mata, cabaran, keindahan dan pengorbanan adalah yang paling
manis. Tapi you all cinta pada manusia di dunia memang baik, tapi manusia tidak
selama-lamanya bernyawa. Cinta kita akan kekal menjadi kenangan, menjadi
ingatan tulus sahaja. Jadi I berusaha untuk meraih cinta yang paling agung.
Allah tidak akan sesekali mengecewakan kita. Kerana cinta pada Allah adalah
cinta abadi.
Sekali lagi I nyatakan disini, I bukan nak
jadi ustazah atau nak ceramah agama. Sekadar perkongsian. Kalau tak suka apa
yang I tulis you all tak payah baca. I sedar I pun bukan sempurna, sekadar
berkongsi untuk mengingati sedikit yang kita cuma hamba Allah yang sangat
kerdil di mata-Nya. Sekian penulisan I kali ini, semoga tidak mengguris
mana-mana hati yang membaca. Jika ada, I memohon maaf atas ketidaksempurnaan
diri ini. Noktah J
.jpg)


