Haluu u’olls ! sorry sebab lama tinggalkan blog ni. Bukan malas alasan kali ni tapi line internet tak mengizinkan. Salahkan connection internet lappy aku ni ek. Anda-anda sihat semua ? aku di sni okey bakalakau ! AHAHAHA. Sihat alhamdulillah. Masih bernafas dengan baik, kaki masih kuat untuk berjalan dan mulut masih lagi mahu menelan makanan yang enak-enak. Hikss
Kali ini, di blog yang serba kurang ini aku nak kongsi
sedikit cerita bertemakan KAWAN. Anda punya kawan ? sure lah kan. Anda punya
sahabat ? disini aku sedikit tak mengerti apa perbezaan antara kawan dan
sahabat. Hmmm... Bagi aku sahabat lebih bermakna daripada kawan.
Dulu, masa aku kecil aku punya ramai sahabat. Mereka selalu
bersama aku even aku dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Tapi bila kami
semakin dewasa, masing-masing memilih jalan hidup sendiri. Hingga hari ini.....
seorang demi seorang menghilang. Juga diri aku. Hmmmm, sedih kan ? macam-macam
orang pelbagai identiti, personliti, entiti, titi tata tutu yang dah aku jumpa.
Ada yang tikam belakang kawan, makan kawan, cium kawan, peluk kawan.
Menakutkan. Aku pernah jadi baik and aku pernah jadi jahat untuk kawan aku. My
act based on how they treat me. If they do shitty things behind my back, then
they get what they deserve. Kalau orang buat baik dengan aku, 10 kali aku balas
baik. Sebab tu aku tak ramai kawan.
But now, I learn a new things in my daily life. “Buat baik
tak kira pada sesiapa pun, kerana menghukum seseorang atas kejahatan yang
mereka lakukan bukan kuasa kita tapi
kuasa Allah yang maha adil.” So jangan nak maki memaki jangan nak pulau
memulau. Kita bukan hidup dalam zaman jahiliah. Jangan sebab sifat benci kita
hilang pedoman, hilang kawan, hilang harta nyawa harga diri and sebagainya.
Aiihh banyak pulak modal aku... Benci ni ibarat kemam racun dalam mulut sendiri
dengan harapan orang yang kita benci itu mati, so padahnya siapa yang terima ?
Tuan tuan puan puan adik kakak abang boleh fikir sendiri lah kan. Buang sifat
benci dan semaikan sifat sayang menyayangi itu yang lebih baik. Aku pun cuba
untuk baik pulih diri sendiri. Diri aku sendiri bukan betul sangat pun. Senget
lebih dari yang betul. Cuma sekadar berkongsi ilmu yang aku dapat dalam 2 3
hari aku bangun awal dapat tengok siaran TV yang berilmiah. So tak rugi pun aku
merungut bangun pagi. Dapat rezeki ilmu.
Sabahat, boleh dikategorikan dalam tiga bahagian. Bahagian
pertama sabahat untuk dunia. Kedua sahabat untuk akhirat. Ketiga sahabat dunia
dan akhirat. Bagi aku, aku boleh jadi ketiga tiga kategori tersebut....HAHAHA !
Adios :*


